Monday, February 12, 2007

MCKK contribution

I picked this up from MCOBA-MALAYSIA forum. I am blogging it here so that the article does not get lost to oblivion.

Lias


On 2/11/07, Nadge Ariffin < nadge@tm.net. my> wrote:
Salam all,

While working on a Merdeka TV series recently, I was appalled to hear
a professional Malay ask basically; "apa pentingnya atau sumbangan
MCKK untuk kemerdekaan?". While I have given that person a lesson in
MCKK history and contributions, I don't want others to have that kind
of ignorance. Itu Melayu, apa lagi yang bukan-Melayu. ..

I have written a short article below, to be published as widely as
possible for a Malay-readership (later on I will translate it into
English). Note that it shouldn't be long as surveys show Malays have
a short reading attention span, especially for history or anything
that doesn't have to do with novel cinta, gosip hiburan & politik.

If anyone could please read through and give constructive input to
correct or perfect the article, I would be most grateful. Tkasih!
-nadge-

Malay College Kuala Kangsar, Perak ¡V Sekolah Pembenih Merdeka

Tidak syak lagi yang Malay College Kuala Kangsar ¡V yang termasuk
pelopor, tenaga pengajar dan para lepasannya - telah memain peranan
penting ke arah kemerdekaan Malaysia. Malangnya ramai yang tidak tahu
bagaimana, siapa dan butir-butir sumbangan sekolah gemilang Malaysia
ini. Sinopsis ini memberikan gambaran ringkas sumbangan MCKK untuk
kemerdekaan dan pembinaan negara.

Walaupun sekolah ini dari segi sejarahnya dibuka oleh British pada
tahun 1905, namun tidak patut dilupakan bahawa pendesak kepada
British untuk membuka sekolah khas bagi orang Melayu itu tak lain tak
bukan seorang Raja Melayu sendiri, iaitu Sultan Idris Murshidul 'Azam
Shah, Perak. Baginda disokong oleh kekanda Raja-Raja Melayu lain pada
masa itu, iaitu Sultan Sulaiman (Selangor), Sultan Ahmad (Pahang) dan
Tuanku Muhammad Shah (Negeri Sembilan).

Walaupun pada mulanya MCKK ditubuhkan untuk secara lahirnya mendidik
anak-anak bangsawan Melayu menjadi pentadbir yang lebih cekap dalam
kerajaan penjajah, namun terbukti kemudiannya murid-murid itu keluar
menjadi nasionalis pula. Mereka menjadi penggerak dalam perjuangan ke
arah merdeka, secara langsung maupun tak langsung.

MCKK menjadi tempat di mana kesedaran kebangsaan terbenih, dan
pendidikan menyeluruh yang diterima oleh murid-muridnya menjadi
penyuluh yang menyemarakkan semangat mereka. Malah di antara guru-
guru MCKK itu ada yang terkenal sebagai tokoh cendekiawan nasionalis,
seperti Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba) yang mengajar dari 1921-1923.

Za'ba dan guru-guru lain menerapkan kebanggaan dalam anak-anak buah
mereka dan menyemai benih nasionalisme. Sebelum beliau berhenti
mengajar, Za'ba membimbing murid MCKK menerbit majalah dalam tulisan
Jawi, "Semaian", yakni majalah pertama di sebuah sekolah yang
bertumpukan isu-isu semasa dan Melayu.

Di antara bekas pelajar pula, tersangat ramai yang walau besar atau
kecil peranannya, menerjahkan kemerdekaan. Antara yang paling
terkenal ialah Dato' Onn Ja'afar, pengasas UMNO sendiri dan pelawan
Malayan Union British yang dibantu oleh ramai teman-teman MCKKnya
yang terpelajar seperti Dato' Zainal Abidin Abas, Dato' Nik Ahmad
Kamil, Raja Ayob Raja Bot dan Dato' Hamzah Abdullah.. Malah Bapa
Kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman Putra sendiri pernah menjadi
murid di MCKK, walaupun sebentar saja.

Tunku dibantu dalam perjuangannya oleh tak lain tak bukan Tun Abdul
Razak, bekas Head Boy MCKK, yang bertanggungjawab menguruskan segala
butir-butir rundingan Merdeka dan menjadi salah-satu anggota
delegasi, yang termasuk juga bekas murid MCKK Tan Sri Nik Ahmad Kamil
mewakili Raja-Raja Melayu dengan mandat di-Raja mendesak untuk
kemerdekaan.

Sebelum negosiasi Merdeka itu sendiri, benih-benihnya telah disemai
pada tahun 1920an oleh contohnya bekas pelajar MCKK, Sultan Iskandar
dari Perak yang pergi sendiri ke Britain untuk menolak polisi
sentralisasi British yang melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Apabila Federal Council ditubuhkan pada tahun 1927 pula, dua
anggotanya termasuk bekas murid MCKK, Dato Abdullah dari Rembau, dan
Raja Chulan Pengerusi Malay College Board of Governors mendesak
British untuk memberi lebih perhatian kepada isu-isu hak dan
pendidikan bagi rakyat.

Usaha di tahun 1930an diteruskan oleh bekas murid MCKK lain,
contohnya nasionalis terkemuka Ishak Haji Muhammad yang lebih
terkenal sebagai Pak Sako, penulis dengan karya dan makalahnya yang
mengkritik British, termasuk novel klasiknya "Putera Gunung Tahan"
yang menekan kepada pemerintahan anak bumi. Antara lagi pada tahun
30an ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin, peguam yang
mengasaskan Persatuan Melayu Selangor yang juga mendesak untuk
kemerdekaan.

Tidak hairan juga yang MCKK menjadi pusat lahirnya kebanyakan
pentadbir-pentadbir kerajaan dalam Malay Administrative Service
(MAS), yang menjadi komponen Malayan Civil Service (MCS). Akhirnya
kesemua mereka memain peranan sokongan ke arah Merdeka dengan cara
bantuan pentadbiran, penganjuran dan lain-lain cara seperti menjadi
ahli UMNO. Mereka termasuklah Raja Ayoub Raja Bot, Laksamana Razali
Ali Wasi, Raja Tun Uda, Dato Bahaman Shamsuddin dan ramai lain, tak
diketepikan Tun Abdul Razak sendiri yang kemudian menjadi PM kedua.

Harus diingati peranan penting Raja-Raja Melayu dan Menteri-Menteri
Besar Melayu yang pada tahun 1940an hampir kesemuanya bekas murid
MCKK. Mereka semua memberikan sokongan lebih dari moral yakni
perencanaan, tempat dan kemudahan perjumpaan dan propaganda di negeri
masing-masing yang membantu gerakan Merdeka. Patut juga disebut
Menteri Besar bekas palajar MCKK itu satu-persatu iaitu Dato' Hamzah
Abdullah (Selangor), Dato' Abdul Malek Yusuf (Negeri Sembilan), Dato'
Sir Mahmud Mat (Pahang), Dato' Kamaruddin Idris (Terengganu) , Raja
Haji Ahmad (Perlis), Dato' Nik Ahmad Kamil (Kelantan), Tengku Mohamed
bin Sultan Ahmad Tengku Panglima Perang (Terengganu) dan tak
dilupakan, Dato' Onn Ja'afar (Johor).

Yang Dipertuan Agong kita yang pertama, Tuanku Abdul Rahman dari
Negeri Sembilan juga merupakan bekas murid MCKK, yang turut
memberikan sokongan tak berbelah bagi bersama semua Raja-Raja Melayu
sepanjang perjuangan kemerdekaan. Istana-istana Raja-lah yang menjadi
tempat pertemuan para pejuang kemerdekaan untuk berbincang tanpa
dapat dikacau oleh pihak British, dan pada masa itu semua Raja-Raja
Melayu pernah belajar dan berkongsi nasionalisme di MCKK.

Di dalam dunia korporat juga, walau hanya sedikit orang Melayu dapat
menembusi bidang perniagaan secara besar pada masa itu, beberapa
bekas pelajar MCKK dapat menaiki tangga korporat dan memberi
rangsangan yang membantu dalam kemerdekaan; mereka termasuk Dato'
Sheikh Ahmad, Raja Khalid dan Maarof Zakaria.

Malahan sehingga dan setelah masuk ambang Merdeka, ramai lagi bekas
murid MCKK yang menjadi pembina negara dengan memain pelbagai peranan
samada dikenali ramai atau tidak, dari Menteri-menteri hinggalah
pendidik penyemangat bangsa atau pentadbir dan professional yang
menjalankan tugas dengan jauh lebih dari dedikasi biasa untuk
memantapkan negara.

Begitulah sedikit ringkasan peranan yang telah dimain oleh MCKK ke
arah kemerdekaan dan pembinaan negara kita Malaysia.


http://groups.yahoo.com/group/mckkclass60/
http://groups.yahoo.com/group/mckk60/

No comments: