Sunday, August 29, 2010

HM's Speech

Speech by the MCKK HM (En Anand Baharuddin) at Dinner with Class 60 on 2nd August 2010 at the Dining Hall, Big School, MCKK.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

Yang Berbahagia Datuk Umar Abu

Yang Berbahagia Dato’ Mokhtar Hashim

Bekas Pelajar ‘Class of 60’, Penolong-Penolong Kanan, guru-guru, staf sokongan, barisan kepimpinan pelajar, para pelajar dan hadirin yang dikasihi sekalian

Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga The Malay College ingin mengucapkan Selamat Datang kepada bekas-bekas pelajar Class of 60 kerana dapat kembali semula ke MCKK bagi menghadiri Majlis Makan Malam dan Majlis Ramah Mesra bersama guru-guru, staf sokongan dan para pelajar sekalian. Sesungguhnya kehadiran Y. Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan amat kami alu-alukan dan pastinya mempunyai makna yang amat besar kepada warga Malay College sekalian. Sesungguhnya kehadiran Y. Bhg. Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan pada hemat saya, pasti dapat memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar MCKK masa kini untuk memajukan diri dan mendapatkan gambaran sebenar tentang etos serta tradisi The Malay College pada suatu ketika dahulu.

Y. Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Saya difahamkan bahawa perjumpaan di Malay College ini sebagia menyambut Ulang Tahun ke 50 pelajar Class of 60 meniggalkan Malay College ini. Pastinya banyak kenangan, idea dan kepakaran yang ingin dikongsi bersama dengan semua warga Malay College pada hari ini. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Class of 60 atas usaha yang murni ini. Harapan kami agar usaha seperti ini haruslah diteruskan dari semasa ke semasa, dan diteladani oleh kumpulan-kumpulan lain.

Sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di negara ini, pihak kami amat mengharapkan permuafakatan yang berkesan daripada pelbagai pihak, terutama dalam kalangan bekas pelajar bagi membangunkan sekolah dan membawa hala tuju yang lebih luas terutama membawa MCKK sehingga ke peringkat antarabangsa. Justeru, kehadiran Class of 60 pastinya dapat memupukkan semangat kekitaan dan memberi idea-idea baru yang boleh membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan. Saya mohon permuafakatan yang terjalin ini dapat menyuburkan jalinan kerjasama yang jitu demi kecemerlangan dan kesejahteraan di Malay College.

Akhir kata, saya mengharapkan semua warga Malay College dapat memberikan kerjasama kepada Class of 60 sepanjang majlis ini berlangsung dan gunakanlah peluang ini untuk bertemu dan menjalinkan hubungan silaturrahim yang mesra dan bermakna. Semuga majlis ini akan menjadi suatu kenangan yang manis dan tidak akan dilupakan ‘selagi hayat dikandung badan’. Justeru, demi Malay College, marilah sama-sama kita melaksanakan tradisi kecemerlangan yang telah tuan-tuan jayakan supaya akan tersemai kepada generasi baru Malay College pada masa hadapan. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Class of 60 kerana menaja menu makanan tambahan kepada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 dan majlis Malan Malam di Dewan Carey pada hari ini. Rakaman penghargaan jua saya hulurkan kepada para guru dan para pelajar yang menjayakan persediaan kepada program ini.

Sekian, terima kasih.

http://groups.yahoo.com/group/mckkclass60/ http://groups.yahoo.com/group/mckk60/

No comments: